Sunday, 8 July 2012

Over sensitif


Salam semua... mungkin ramai yang tertanya2 kenapakah blog ini sudah lama tidak berupdate. (ceh, mode perasan ramai je yang masuk blog bunick ni kan?) hahaha...

Lately ni, aku sangatlah demotivated untuk buat apa-apa sahaja... Kadang2 rasa macam nk give up je. Dengan nak menghadap exam, tapi tak study. Dengan dua manuskrip yang tergantung tak bertali, tapi tak ada masa nak menaip. Mungkinkah kerja2 kat opis yang sentiasa melambak membuatkan aku tolak tepi benda2 lain? Ataupun aku ni tersangatlah workaholic sampaikan nak pergi carwash pun tak sempat? Kononlah kan workaholic... padahal nan hado! hahaha...

Dua tiga hari ni, aku dah dijangkiti satu penyakit baru pulak. Over sensitif. Entahlah, bila ada kawan2 yang seakan cuba menyembunyikan sesuatu dari aku, cepat je aku terasa hati. Ye, aku tak kisah korang nak pergi mana2 and nak buat apa2 pun tak ajak aku. Sebesar zarah pun aku tak ambil hati. Tapi, please don't lie. Aku respect masa dan ruang korang dengan kawan2 yang lain sebab aku tahu kita perlukan ramai kawan yang berbeza untuk lakukan banyak perkara yang berlainan dalam hidup kita.

Satu bab lagi, bila ada kawan2 yang mengutarakan pendapatnya tentang diri aku, laju je aku nak sentap. Tapi bila fikir balik, siapa lagi nak menilai aku kalau bukan kawan2 sendiri. Mungkin pada aku benda itu biasa, tapi mungkin pada pandangan orang lain agak luar biasa.

Mungkin juga disebabkan status aku yang masih bujang menyebabkan orang lain cepat membuat penilaian yang negatif bila aku berkawan baik dengan spesies lain jantina. Aku memang seorang yang suka berkawan tak kira dengan sesiapa pun, asalkan kawan itu membuatkan aku selesa. Tapi aku tahu di mana untuk meletakkan batas2 yang sepatutnya.

Prinsip aku dalam mencari pasangan hidup mudah sahaja, jauhi suami orang, tunang orang, kekasih orang dan juga orang utan. Jadi kawan2 yang prihatin dengan diriku ini, no worries aku akan berusaha untuk terus berpegang pada prinsip hidup aku. (errr, macamlah diorang baca blog aku ni kan...)

Mungkin juga aku perlu mengurangkan darjah cepat mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengenal jantina selepas ini kerana apa yang biasa pada pandangan mataku, mungkin sangat luarbiasa pada pandangan mata orang lain. So lepas ini, aku kenalah berkurung dalam bilik je kat opis. No more lepak2, makan2, gelak2 dengan gembira demi untuk mengelakkan fitnah.

Motif lama menghilang kemudian letak entri merintih sayu ??????hihihi




Tuesday, 24 April 2012

Hilang!

Warghhhhhh......... dah lama tak muncul di sini. Nasib baik encik labah-labah belum buat bungalow lagi. kekeke.... Kalau tak, berpeluh nak sapu sawang!

Hari ni 2nd day aku tension sebab mug aku hilang lagi!!!! Tak tahulah manusia mana kat opis ni yang suka sangat kat Cik Pooh yang bertenggek kat mug aku tu. Hari tu dah hilang sekali, tahu2 je mug tu dah pecah. Hangin je aku! Lepas tu nasib baik ada CC yang baik hati tolong gantikan mug gedabak tu. Tenkiu ye kak...

Pulangkan! Pulangkan mug aku wei!

Tapiiiiiiiii..... lagi sekali mug tu hilang! Takkan nak kena buat announcement kat dua2 level opis aku pulak semata-mata nak cari mug tu. Aish! Menyusahkan orang betul la! Ikutkan hati, nak aje aku buat spotcheck kat semua meja warga opis aku ni! Jangan pisang berbuah dua kali dah ler, takut nanti jumpa2 je mug tu dok tersadai dalam tong sampah dengan kaca yang berserakan. Cewah! Itu pun kalau jumpa, kalau bibik cleaner dah angkut sampah, sampai ke sudah la aku tak jumpa dengan arwah mug aku tu....waaaaaaaaaaaaa

Hai orang2 kat opis, pulangkan! Pulangkan mug aku wei!!!!!!!!!


Monday, 13 February 2012

4 Warna 1 Rasa ~ bab 19

Kiki memandu perlahan memasuki parking berhadapan Complex Campbell. Nak parking kat Maju Junction, dia takut termuntah pulak bila berpusing kat dalam tu.
Masing-masing berjalan dengan penuh sopan santun menuju ke deretan kedai yang terdapat di sepanjang Jalan TAR itu. Mereka akan berbuka di gerai sekitar sini sahaja dan kemudian menunaikan solat Maghrib di surau SOGO.  Aktiviti malam itu akan diteruskan dengan menjelajah segala gerai yang tercatuk di Jalan TAR ini.
Mereka berempat jalan berderet melintasi gerai-gerai menjual juadah berbuka puasa. Namun, perjalanan mereka terhalang bila Mia berhenti tanpa memberikan sebarang signal. Kiki yang berjalan paling belakang mudah sahaja terdorong di belakang Chempaka yang tinggi lampai itu bila kakinya terbrek kecemasan.
“Hi Alex..” terdengar suara Mia menyapa seorang lelaki Mat Salleh yang berdiri di hadapan mereka.
Wajah Aimi sudah merona merah, macam mana mamat orang putih ni boleh ada kat sini pulak? Entah-entah Mia yang bagitau dia? Cepat sahaja otak kiri Aimi membuat tuduhan melulu kepada Mia. Amboi, perasannya Aimi. Macam la Alex tu stalk dia. Biarlah dia nak pergi mana-mana pun….
“Hi girls….hi Aimi!” Pandangan Alex melekat pada wajah Aimi. Dia makin terpesona melihat pipi Aimi yang sudah memerah terkena sinaran matahari Kuala Lumpur di petang Sabtu.
“Hi Alex…” Perlahan saja Aimi membalas sapaan Alex. Dah macam orang hilang suara pulak Aimi ni.
“What are you doing here Alex?” Soal Mia.
“I’m looking for mentakab…” Yakin je Alex jawab.
“Mentakab? Here?” Tiba-tiba je Aimi dah dapat balik suara dia yang hilang tadi.
“Yeah, mentakab. Malaysian pizza with pink gravy…” Alex jawab sambil renung wajah Aimi. Tadi bukan main lagi Aimi malu, sekarang ni cepat je dia jawab bila Alex cakap dia tengah cari mentakab. Mungkin Aimi nak tolong tunjukkan kat mana gerai menjual mentakab yang sedap kat sini. Alex bermonolog sendirian.
“Alex, do you know that Mentakab is one of the place in Pahang state?” Mia soal Alex yang leka memerhatikan Aimi.
“No, I’m not going to Pahang. I’m looking for the stall selling the mentakab. I like it very much.”
“Alex, do you mean murtabak?” Aimi tanya Alex lagi sekali.
“Murtabak? Something like that la….” Alex garu kepala. Macam mana boleh salah sebut ni. Depan Aimi pulak tu…..
Anak dara berempat tu dah bantai gelak. Ada ke patut Alex tukar nama makanan dengan nama tempat tu. Memang kelakar lah Alex ni.
“Sorry Alex, it was so funny. How come murtabak can be Mentakab.” Mia masih lagi gelak.
Manakala Alex dah tersipu-sipu malu.
“Come, we show you the stall that sell the delicious murtabak in Kuala Lumpur.” Lebih-lebih pulak Mia ni promote kat Alex. Patutnya dia bagi Aimi je yang jadi tourist guide hari ni.
“Really Mia? I can join all of you?” Alex dah senyum lebar. Ada harapan lah dia nak dekat dengan Aimi hari ni. Tak sangka pulak kunjungan dia ke Jalan TAR hari ni membuahkan hasil yang tak disangka.
“Yeah sure. You can join us buka puasa also.” Pandai-pandai je Mia jawab bagi pihak kawan-kawannya. “Korang tak kisahkan?”
“Kitaorang okey je.” Chempaka jawab sambil jeling kat Aimi.
Kiki yang langsung tidak mengenali Alex hanya terpinga-pinga. What is going on here friends?
“So, shall we?” Alex dah lorongkan jalan untuk mereka berempat. Mia tarik tangan Chempaka untuk jalan bersaing dengannya. Chempaka pulak cepat-cepat tarik tangan Kiki meninggalkan Aimi dengan Alex di belakang.
Aimi hanya memandang geram mereka bertiga. Aduh, apa aku nak cakap dengan Alex ni?
“Are you okay Aimi?” Alex tanya Aimi yang kelihatan agak gelisah.
“I’m okay Alex. How are you doing?”
“I’m fine but starving.”
“Starving?”
“Yup! I’m fasting...” meleret senyuman dari mulut Alex.
“Fasting?”
“Of course dear, fasting is compulsory for muslim right?”
“But you are not muslim. So, you don’t have to fasting.” Aimi pandang Alex yang masih tersenyum. Murah senyuman sungguh mamat orang putih ni. Dah la panggil aku dear tadi. Kalau dalama Bahasa Melayu kan ke sayang tu.....
“I’m muslim now. So I have to pray, fasting and recite Quran. Am I right Aimi?” Soalan Alex itu menghentikan langkah Aimi.
Sejak bila pulak mamat orang putih ni convert. Mia tak pernah cakap pun. “Since when Alex?”
“Three months ago. After I met u…..”
Alex masuk Islam lepas dia jumpa aku kat Sungai Lolo. Biar betul Alex ni. Nanti tak pasal-pasal aku berangan pulak. Hello cik kak, entah-entah Alex ni memang dah lama nak masuk Islam, kebetulan je dia peluk agama Islam lepas jumpa kau. Dah mulalah nak perasan tu…..
“You can call me Ariff now. Muhammad Ariff…” Alex tarik lengan baju Aimi supaya mereka terus berjalan.
“Nice name. But I still cant believe it Alex…” Aimi masih berada di awang-awangan. Nasib baik jugak Alex ni tak letak nama Mohd Ali, haruslah dia terbayangkan Mike Tyson kalau Alex guna nama tu.
“You have to believed it Aimi…”
“Alhamdulillah Alex, I’m happy that you willing to be a part of us.”
“Part of us? Meaning you and me?”
“No, no. I mean apart of muslim, Islam.” Cepat-cepat Aimi membetulkan ayatnya. Takut nanti Alex perasan pulak yang Aimi ni dah suka kat Muhammad Ariff.
“I hope there will be us….you and me.” Alex bisik kat telinga Aimi.
Aduh! Aimi macam nak pengsan bila dengar Alex cakap macam tu. Mia! Kiki! Chempaka! Tolong aku…..CPR!CPR! Aku dah lemas ni…..

4 Warna 1 Rasa ~ bab 18

Kereta yang dipandu akhirnya tiba jua di destinasi. Keempat-empat anak dara itu tercengang bila melihat papan tanda yang bertulis Rumah Anak Yatim Darul Iman. Nak berbuka kat sini ke?
“Ustaz Jihad, kita nak berbuka kat sini ke?” Kiki mendahului mereka yang lain bertanya kepada Jihad.
“Yup, saya nak ajak awak semua berbuka dengan murid saya hari ni. Awak tak kisahkan?” Jihad memandang Kiki yang kelihatan serba salah.
“Tapi kami tak bawak apa-apa pun.” Keluh Kiki perlahan. Takut andainya nanti mereka akan merebut rezeki anak-anak yang kurang bernasib baik ini.
“Jangan bimbang Kiki, rezeki ALLAH tu ada di mana-mana. Insyaallah tak luak rezeki anak-anak ini kalau awak berempat berbuka dengan kami. Jomlah. Dah nak masuk waktu berbuka dah ni.”
Kiki, Mia, Aimi dan Chempaka berjalan membontoti langkah Jihad Ikmal. Rasa sayu menerpa di hati apabila melihat anak-anak yang kurang bernasib baik itu begitu girang menyambut ketibaan Jihad Ikmal.
Anak-anak perempuan menyalami mereka berempat dengan penuh tertib, jatuh juga air mata mereka semua biarpun puas di tahan agar tidak tumpah di situ. Suasaha hening menyelubungi dewan makan yang mampu memuatkan seramai tiga puluh orang anak yatim itu.
“Ustazah, ni kawan-kawan saya. Maaflah ustazah sebab saya tak bagitau nak bawak diorang tadi” Jihad memperkenalkan Ustazah Rozila kepada mereka berempat.
“Silalah, takpe Jihad. Lagi ramai lagi meriahkan. Budak-budak tu pun mesti seronok ada kakak-kakak yang manis ni temankan diorang berbuka.” Ustazah Rozila tersenyum kepada mereka. “Jemput duduk ye.”
“Terima kasih ustazah.” Kiki mewakili kawan-kawannya yang lain mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Rozila. Masing-masing kelihatan agak berat bersuara, perasaan sayu masih lagi terasa. Takut andainya bersuara, deraian airmata turut menyusul bersama.
Selesai berbuka puasa, mereka bersembahyang Maghrib secara berjemaah di surau rumah anak yantim tersebut. Dan mereka kembali menyambung berbuka puasa sebaik sahaja menunaikan solat Maghrib. Kiki, Mia, Aimi dan Chempaka turut menunaikan solat terawih bersama-sama dengan anak-anak yatim itu. Mereka hanya keluar dari kawasan rumah anak yatim itu ketika jam sudah menginjak ke angka 10.30 malam.
“Kiki, boleh saya pinjam handphone?” Jihad menghadang laluan Kiki sebelum Kiki sempat sampai di keretanya.
“Handphone saya? Nak buat apa?” Kiki soal balik.
“Boleh ke tak?” Jihad soal lagi.
Lambat-lambat Kiki keluarkan handphonenya. Ini yang susah kalau terhutang budi dengan orang ni. Sempat lagi Kiki merungut dalam hati.
Jihad menekan nombor di atas keypad handphone Kiki, selang beberapa saat kedengaran nada dering dari handphone yang berada di dalam kocek seluarnya. Dia tersenyum puas, dapat jugak nombor telefon Cinderella Selipar Jepun ni.
“Nanti balik rumah, awak cek dialled number then save ye. Nombor saya tu.”
“Hah???!!!” Kiki menjengilkan matanya ke arah Jihad. Ada pulak macam tu. Nak nombor telefon aku mintak  ajelah. Ini buat stail iklan dalam TV, takde originality langsung!
“Kalau saya nak call awak lepas ni boleh tak Kiki?” Jihad meminta izin dari Kiki.
Kiki yang masih terkedu dengan perbuatan Jihad sebentar tadi hanya mendiamkan diri. Budiman sungguh ustaz handsome yang berdiri di hadapannya ni, nak telefon pun minta izin dulu. Lambat-lambat Kiki mengangguk dan tersenyum malu. Cinta sudah berputik ke Kiki?
Dan malam itu, tidur Kiki bersulamkan mimpi indah hingga langsung tidak tersedar untuk bangun bersahur. Nasib baik ada rakan serumah yang kepochi, kalau tak memang Kiki kena berpuasa tanpa bersahur la di hari minggu.
“Kiki, kau tau tak abang ustaz kau yang jadi imam malam tadi. Aku rasa macam nak terjatuh cinta je dengar suara dia baca surah dalam solat tadi.” Chempaka melentokkan kepalanya di bahu Kiki.
“Amboi, habis tu Hadif Iman kau tu nak campak kat mana?” Mia baling kusyen kecil ke arah Chempaka.
“Baguslah abang ustaz kau tu Kiki. Dah la tolong bayarkan repair kereta kau, lepas tu ajak kita berbuka puasa kat rumah anak yatim. Lelaki beriman, handsome, ada kereta besar, penyayang…..Pakej lengkap tu Kiki.” Aimi pulak jadi nasi tambah.
“Korang ni lebih-lebih la pulak. Entah-entah Jihad tu dah ada isteri. Lelaki sekarang ni bukan boleh percaya sangat.” Sanggah Kiki.
“Kiki, kalau dia dah ada isteri, dah tentu dia bawak isteri dia pergi sana. Aku confident ustaz tu bujang lagi!” Penuh yakin Aimi bersuara.
“Korang sibuk-sibuk ni kenapa? Tadi cakap nak pergi pasar Ramadhan Jalan TAR. Ni dah pukul berapa dah ni?” Kiki alih topik yang sedang hangat itu.
“Baru pukul tiga, lepas solat Asar kita pergi la.” Mia melunjurkan kakinya di atas karpet.
“Lambat sangat la kalau pergi lepas Asar. Hari ni dah lah hari Sabtu. Kita gerak sekarang. Korang pergi siap cepat.” Kiki dah jadi komandan askar dah.
“Sekarang ke Kiki? Aku baru ingat nak melelapkan mata barang seminit dua…” Chempaka yang sedang berbaring di atas sofa bersuara.
“Makruh tidur siang bulan puasa ni. Dah, bangun cepat! Semua orang kena siap dalam masa lima belas minit!”
Masing-masing bergegas bangun dan berlari naik ke bilik masing-masing. Sebelum Kak Long Kiki mengamuk tak nak drive, baik mereka bertindak mengikut arahan.


4 Warna 1 Rasa ~ bab 17

Jihad Ikmal memperlahankan pemanduan bila dia melihat sebuah kereta Honda Jazz berwarna putih tersadai ditepi jalan. Disisinya pula kelihatan seorang gadis berbaju kurung warna pink sedang termenung.
“Macam pernah nampak perempuan tu, kat mana ye?” Jihad Ikmal menyoal dirinya sendiri. Nak berhenti ke tak? Namun, cepat sahaja kakinya menekan brek kereta bila dia menyedari bahawa itulah gadis Cinderella selipar Jepun yang ditemui di masjid seminggu yang lepas.
Jihad Ikmal memberikan signal ke kiri dan memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia membuka pintu kereta dan melonggarkan ikatan tali lehernya.
“Bismilllahirrahmanirrahim….” Dia keluar dari kereta dan berjalan menuju ke arah gadis yang masih berteleku disisi keretanya.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikummussalam.” Hampir saja Kiki melompat apabila mendengar suara asing memberi salam kepadanya. Namun, matanya langsung tidak berkelip bila memandang ustaz handsome yang sering mengganggu tidurnya sejak kebelakangan ini.
“Kenapa ni?” Penuh lemah lembut Jihad Ikmal bertanya.
Kiki menarik nafas panjang, perasaan terkejut masih menghantuinya membuatkan mulutnya begitu berat untuk dibuka. “Er….bateri kong kot.”
“Langsung tak boleh start ke?”
“Yup! Lampu, radio semua tak boleh on.”
“Masalah bateri la tu. Dah call mekanik?”
“Belum, saya tunggu kawan saya sampai dulu.”
“Kawan yang hari tu ke?”
“Ha ah ustaz.” Kiki tersenyum, tak sangka ustaz handsome ni ingat lagi budak-budak bertiga tu. Maknanya aku pun termasuk dalam senarai orang yang dia ingat jugak la.
“Tak apa, biar saya call mekanik saya. Lagipun bengkel dia tak jauh dari sini.” Jihad Ikmal mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Dia menekan keypad handphone beberapa kali dan mula melekapkan handphone itu di telinganya.
Manakala Kiki pula begitu ralit memandang Jihad Ikmal yang sedang bercakap di telefon. Kacak sungguh ustaz muda ni pakai slack dengan kemeja yang berkaffling di hujung lengannya. Tali leher yang dilonggarkan menambahkan lagi darjah handsome dia. Alangkan pakai jubah pun dah buat Kiki separuh angau, inikan pulak pakai sut pejabat macam ni. Lagilah tak lena tidur Kiki malam ni.
“Awak!” Jihad Ikmal menggawangkan tangannya di hadapan muka Kiki yang kelihatan sedang merenung masa depan.
“Macam mana?” Cepat-cepat Kiki buang angan. Kantoi lagi!
“Saya dah call mekanik tu. Kejap lagi dia sampai.”
“Menyusahkan ustaz je…”
“Jangan panggil saya ustaz, nama saya Jihad.”
“Bukan budak dengan awak malam tu panggil awak ustaz ke?” Nama dia Jihad rupanya, nama pun dah macam golongan muqarrabbin. Sesuailah dengan karakter dia yang Islamik tu.
“Dia tu murid saya, bolehlah panggil ustaz. Awak bukan murid saya, so jangan panggil saya ustaz. Panggil Jihad je.”
“Oh, Ustaz Jihad mengajar kat sekolah mana?” Kiki nak jugak panggil ustaz.
“Saya bukan ustaz, cikgu pun bukan.”
“Tadi awak cakap budak tu murid awak. Sekarang ni awak cakap awak bukan ustaz, bukan cikgu pulak.”
Belum sempat Jihad Ikmal membalas, sebuah motor EX5 menuju ke arah mereka berdua dan berhenti di sebelah kereta Kiki.
“Hai blo, apa masalah?” Seorang lelaki Cina membuka topi keledar dan menurunkan bateri kereta yang masih berbalut dari dalam raga motor.
“Hai Ah Seng, lu kasi tengok ini kereta dulu baru kita sembang.” Jihad tepuk perlahan bahu Ah Seng.
“Ini keleta lu punya amoi ke Jihad?”
Amboi Ah Seng ni, banyak soal pulak. Repair je la kereta aku. Biar aku je yang bermesra dengan Ustaz Jihad ni. Kiki memandang Ah Seng dengan geram. Sibuk je….
“Ya la! Itu pasal lu kena kasi diskaun banyak-banyak.” Jihad mengangkat kening pada Kiki bila pandangan mereka bertaut.
Alamak! Kiki rasa macam nak pengsan je bila dia dengar itu yang keluar dari mulut Jihad. Biar betul ustaz ni, tak sempat-sempat nak jadi pakwe aku! Kiki dah seram sejuk, hati berdebar mengalahkan nak ambil keputusan SPM. Dia langsung tidak berani mengangkat muka selepas pandangan mereka bergabung tadi, lalu dia hanya menundukkan wajahnya sambil menguis rumput di kaki.
“Beles blo. Lu kasi hidup enjin keleta dulu.” Arah Ah Seng pada Jihad.
Kiki yang sedang bersandar di pintu kereta menjauh sedikit apabila dia melihat Jihad berjalan menghampirinya. Jihad buka pintu kereta dan hidupkan enjin tanpa masuk ke dalam kereta pun. Dia dah buat kereta tu macam kereta dia punya amoi dah.
“Okey Ah Seng, wa rasa takde masalah dah.”
“Itu bateli dah kong maaa….itu pasal mati semua.” Ah Seng mengesat tangannya yang berminyak dengan tuala kecil yang tersangkut dilehernya.
“Berapa ye?” Kiki menjangkaukan tangannya ke dalam kereta untuk mengambil handbag.
“Takpe, saya bayar.” Jihad sudah menghulurkan tiga keping not seratus kepada Ah Seng.
“Okey blo, wa chow dulu.” Ah Seng dah hidupkan enjin motor.
“Thanks Ah Seng.” Jihad hanya memerhatikan motor Ah Seng yang menderum laju di atas jalan.
“Nah, saya bayar balik duit awak.” Kiki menghulurkan enam keping not lima puluh kepada Jihad. Ni semua Aimi dengan Mia punya pasal la ni. Sampai sekarang tak datang-datang lagi. Konon-konon nak suruh kawan diorang yang tengokkan kereta Kiki ni.
“Saya belanja.” Jihad menolak dengan lembut.
“Saya tak sedap hati la Ustaz, banyak sangat tu.” Kiki masih tak puas hati. Pandangannya tertancap pada kereta Persona berwarna hitam yang mendekati mereka berdua. Baru sampai budak bertuah ni.
“Sorry Kiki, ada excident tadi. Jalan jem gila.” Mia meluru ke arah Kiki. Aimi pula masih terhegeh-hegeh nak keluar dari kereta.
“Eh, macam kenal la…” Mia tengok Jihad Ikmal yang bersandar di kereta Kiki. Jihad hanya tersenyum melihat gelagat Mia yang kelam kabut.
“Ustaz Selipar Jepun la!” Pantas sahaja Aimi menamatkan persoalan yang berlegar di kepala Mia.
Jihad tergelak kecil bila mendengar Aimi memanggilnya Ustaz Selipar Jepun.
“Nasib baik ada Ustaz Jihad ni tau. Kalau tak memang aku berbuka kat tepi jalan ni je.” Kiki cubit lengan Mia.
“Ala, kan ustaz ni ada temankan kau. Kitaorang bukan sengaja lambat. Terima kasihlah ustaz sebab temankan Kiki ni.”
Nama dia Kiki rupanya…desis Jihad dalam hati. “Takpe, lagi pun bengkel kawan saya dekat je.Tak jadi masalah pun.”
“Chempaka mana?” Kiki tanya Aimi bila tengok salah seoarang three stooges tak ada.
“Nak pergi ambil dia la ni. Tadikan dia pergi kerja tumpang Kak Izan. Dia tunggu kat stesen komuter Serdang. Lepas tu kita terus pergi buka puasa.” Aimi jawab sambil tengok jam, entah-entah Chempaka dan tercongok tunggu diorang ni.
“Apa kata awak semua buka puasa dengan kami je?”
“Kami?” Serentak Mia, Aimi dan Kiki bertanya.
“Ha ah, kami.” Penuh yakin sekali Jihad menjawab. “Nak ambil kawan sorang lagi kan? Awak semua follow saya, komuter Serdang tu dah on the way nak ke sana.”
“Korang okey ke?” Kiki tanya Aimi dan Mia.
“Kami ikut je, tak kisah berbuka kat mana pun.”
“Kalau macam tu baik kita gerak sekarang.”

4 Warna 1 Rasa ~ bab 16

Itu kejadian yang berlaku tiga hari lepas, namun sehingga kini Hijjaz masih belum dapat melupakan kejadian yang berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Sempat lagi pemilik nama Mia Hayati buat adegan sedih kat KL Sentral. Lepas tu tau pulak lari bila dia gertak sikit je. Tersungging senyum di bibir Hijjaz bila teringatkan kembali ‘isteri’ nya itu.
“Adik senyum sorang-sorang ni kenapa? Takkan dah jumpa Lailatul Qadar kot masa pergi terawih tadi?” Datin Suziah menegur Hijjaz yang tersenyum seorang diri. Dia meletakkan dulang yang berisi tiga biji mug di atas meja taman.
“Ish mak ni, buat adik terkejut je…” Hijjaz membetulkan duduknya. Kan dah kantoi dengan mak.
“Mak nak dapat menantu ke dik?”
“Ada pulak nak dapat menantu mak ni. Patutnya mak tanya abang dulu, bukan adik. Kan tak elok kalau adik langkah bendul…” Ye la tu Hijjaz, awak tu kan dah ada isteri. Dah ada anak kembar empat pun. Kali ni Hijjaz memang tak boleh tahan gelak bila teringatkan semula Mia isterinya tu.
“Takutlah mak tengok adik ni, tadi senyum sorang-sorang. La ni dah gelak pulak. Awat ni dik? Demam ka?” Datin Suziah meletakkan tangannya di dahi Hijjaz.
“Adik tak sihat ke?” Hadif yang tiba-tiba muncul turut bersuara.
“Entahlah adik kamu ni, sekejap sengih, sekejap gelak. Dari tadi dok merenyih sorang-sorang. Awat jadi lagu ni dik?”
“Ish mak ni, adik okey la. Kenapa mak panggil kami balik ni?” Hijjaz terus menanyakan tujuan mereka berdua dipanggil balik. Sejak ayah meninggal,  jarang sekali mereka pulang ke rumah agam ini. Datin Suziah begitu sibuk dengan travel agency milik keluarga mereka. Itu belum masuk dengan masa yang terpaksa dihabiskan di pejabat arwah Datuk Suffian. Walaupun ada Pak Long yang menolong menguruskan syarikat itu, namun lambat laun syarikat itu harus diserahkan juga kepada pewaris sebenar.
“Mak nak habaq kat hangpa, Pak Long hangpa dah tak mau nak uruskan syarikat arwah ayah…” Datin Suziah berjeda seketika. “Jadi salah seorang dari kamu berdua kena ambil alih syarikat tu.”
“Pak Long dah tak nak uruskan syarikat kita ke mak?” Hadif memandang sekilas ke arah Hijjaz. Dia tau, Hijjaz tak akan berhenti dari menjadi pilot. Itu memang cita-citanya dari kecil lagi.
“Pak Long dah tak sihat sangat, mak pun tak sampai hati nak suruh dia terus act CEO kat pejabat tu. Lagi pun kamu berdua lebih berhak. Itu syarikat warisan arawah ayah, sampai bila kita nak harapkan kudrat orang lain untuk menguruskan peninggalan arwah ayah tu?”
“Adik minta maaf sangat-sangat mak, adik memang tak boleh tolong mak. Adik belum puas lagi kerja bawak kapal terbang tu. Mak cuba pujuk Pak Long tu.” Hijjaz sudah menegakkan pendiriannya. Memang dari dulu lagi dia tidak berminat untuk masuk campur dalam urusan perniagaan keluarga mereka. Sewaktu arwah ayahnya masih hidup dulu, setiap kali musim cuti sekolah mereka akan dibawa ke pejabat. Kata arwah ayahnya, supaya mereka akan terdedah kepada dunia perniagaan sebelum betul-betul syarikat itu diwariskan kepada mereka.
Namun, sebaik sahaja tamat belajar baik dia atau pun Hadif lebih senang memilih kerjaya mereka sendiri. Sementelah waktu itu, arwah ayah masih gagah memacu syarikat itu dengan dibantu oleh Pak Long. Sehinggalah arwah ayah meninggal setelah mendapat serangan angin ahmar, mereka masih meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Pak Long mereka untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh arwah ayah.
“Abang?” Lembut suara Datin Suziah menampan telinga Hadif.
“Abang akan resign. Tapi mak boleh bagi sebulan tak untuk abang settlekan kerja yang backlog kat pejabat?” Hadif mengalah juga akhirnya. Syarikat itu hasil titik peluh arwah ayah. Tidak wajar rasanya untuk dia lari dari tanggungjawab sebagai anak sulung Datuk Suffian. Dia menghela nafas berat. Dia suka menjadi penguatkuasa JPJ, tapi dia perlu melunaskan amanah arwah ayahnya. Mungkin ini bukan yang terbaiknya, tapi berkorban adalah cara yang terbaik untuk menggembirakan hati ibunya. Menjadi CEO kepada Suffian Holdings bukanlah cita-citanya, namun takdir telah menentukan dia bahawa nasibnya kini untuk bergelar CEO muda dalam masa sebulan sahaja lagi.
“Alhamdulillah, mak tau abang tak akan hampakan mak. Adik jangan bersenang lenang sangat, adik pun kena resign jugak lepas ni!”
“Mak, kan abang dah sanggup nak jadi CEO. Kenapa adik kena resign jugak?” Hijjaz sudah membentak. “Lagipun Hidayah pun boleh tolong abang.”
“Tak adil kalau abang je yang terpaksa berhenti kerja. Adik dengan abang kena sama-sama uruskan syarikat ayah tu. Itu amanat arwah. Hidayah tu belum habis belajar lagi dik, macam mana mak nak suruh dia kerja kat pejabat tu. Mak bagi tempoh setahun je lagi untuk adik. Lepas tu, mak sendiri yang akan taip resignation letter adik.” Putus Datin Suziah. Hijjaz ni tak boleh di bagi muka sangat. Dari kecil lagi dia lebih banyak menimbulkan masalah berbanding dengan Hadif. Dan sekarang pun Hadif juga yang akan mengalah.
“Setahun mak? Mana boleh macam tu mak. Adik nak lima tahun.”
“Ewah ewah budak bertuah ni, dia boleh tawar menawar pulak. Mak kata setahun. Full stop!”
“Adik kata lima tahun. Titik!”
“Adik, tak baik cakap macam tu dengan mak. Takpelah, adik kerjalah dulu dengan MAS, kalau abang rasa abang boleh handle syarikat tu abang tak akan minta adik resign kurang dari setahun. Tapi kalau abang tak larat nak uruskan syarikat tu sorang-sorang, you have to considered it okay?” Hadif pujuk Hijjaz yang nyata tidak bersetuju dengan arahan Datin Suziah.
“Okey, I’ll considered it.” Hijjaz diam seketika. Datin Suziah dan Hadif Iman tersenyum lega. “But only after five years.” Sambung Hijjaz Amin sambil tersenyum.
“Hijjaz Amin!” Datin Suziah sudah menjerit nyaring.
“Just kidding mak.” Hijaz Amin membuat isyarat peace kepada Datin Suziah.
“Main-main je adik ni. Bilalah nak matang macam abang.” Rungut Datin Suziah lagi. Pening kepalanya memikirkan perangai mereka berdua yang jauh berbeza.
“Dah la mak, tak payah pening-pening. Nanti tak pasal-pasal blood pressure mak tinggi pulak.” Hadif mengurut perlahan belakang Datin Suziah.
“Macam mana tak pening abang, adik ni entah bila nak jadi dewasa. Perangai mengalahkan Hidayah yang kat kolej tu."
“Mak panggil Ucu ke?” Hidayah, adik bongsu kedua lelaki tampan itu muncul dari balik pintu.
“Perasan! Mana ada orang panggil Ucu pun.” Hijjaz jelirkan lidahnya pada Hidayah.
“Ucu tak cakap dengan adik lah!” Ucu jelir balik kat Hijjaz. Pelikkan bila Ucu pun panggil adik kat abang sendiri.
Alkisahnya umur adik dengan Ucu ni jauh beza, hampir sepuluh tahun. Disebabkan bertahun nama adik tu dipanggil, maka lidah masing-masih begitu degil untuk menukar nama panggilan Hijjaz biarpun ketika itu Datin Suziah sudah melahirkan Hidayah Amani. Maka, sehingga sekaranglah nama adik itu melekat pada Hijjaz, dan sekaligus Hidayah yang bongsu itu pun melentur lidahnya memanggil adik kepada abangnya sendiri.

4 Warna 1 Rasa ~ bab 15

Kembali menyambung siri yang sudah lama ditinggalkan... Bukan apa, tak sempat nak mengedit bahasa-bahasa yang agak kurang sesuai dalam novel ni. hihihi... Since sekarang ni dah tak terkejar-kejar balik rumah awal sebab siri2 kegemaran kat TV dah habis, bolehlah lepak2 kat opis letak entri ni. Bukan apa, kat rumah tak boleh nak bertenet sebab coverage Maxis sangatlah mendukacitakan... huhuhu

Harap2 aku akan istiqamah untuk update siri ni sampailah ke bab yang terakhir. Aminnnnn.....

4 Warna 1 Rasa ~ bab 15

Esoknya pagi-pagi lagi Hijjaz Amin sudah tercegat di KL Sentral. Walaupun minah kerek yang dikenali dengan nama Mia Hayati itu tidak menyatakan untuk datang, namun dia yakin pemilik beg yang ada di tangannya ini pasti akan muncul. Pagi-pagi lagi dia sudah mengirimkan sms kepada Mia memaklumkan bahawa di akan menunggu Mia di KL Sentral. Namun gadis itu langsung tidak membalas smsnya membuatkan dia semakin geram.
Jam di tangan Hijjaz sudah melewati sembilan lima belas minit. Usahkan batang hidung, bayang jari tangan Mia pun masih belum kelihatan. Hijjaz melarikan langkahnya ke Starbucks yang berhadapan dengan pintu masuk ke ERL. Dia memesan espresso dan meletakkan beg Mia di sisinya. Takut jugak kalau-kalau ada peragut yang berminat nak curi beg Mia. Nanti tak pasal-pasal dia pulak yang kena luku dengan perempuan tu. Minah kerek tu nampak ganas, dan berkemungkinan juga dia akan bertindak luar batasan kiranya beg pakaian itu dicuri lagi sekali.
Espresso sudah separuh dihirupnya, namun bayangan Mia masih belum kelihatan. Minah kerek ni mmang sengaja nak cari pasal dengan dia. Kalaulah betul-betul begnya dicampak ke dalam Sungai Gombak, memang dia cekik-cekik si Mia tu nanti. Dia memerhatikan manusia yang bersimpang siur di hadapan kafe, mana tau ada minah kerek terselit di celah-celah hiruk pikuk tu. Namun dia hampa.
Betul ke apa yang aku buat ni? Kenapa aku mesti bersungguh nak tunggu minah kerek tu? Dalam beg aku bukan ada barangan penting pun, sekadar sepasang uniform kerja dan toiletteries sahaja. Lalu apa tarikan yang boleh membawa dia ke sini untukmemulangkan beg gadis yang ditemui di dalam tren ERL sebulan yang lepas. Hatinya berperang hebat di saat ini, antara perasaan untuk terus menunggu ataupun balik sahaja. Biarkan sahaja minah kerek itu mencarinya andai dia benar-benar inginkan kembali begnya itu.
Hijjaz menyisip espresso di hadapannya, namun hampir separuh espresso di dalam mulutnya terhambur keluar bila bahunya ditepuk dari belakang. Nasib baik kopi itu tidak kena pada bajunya, kalau tak memang tak selamatlah tangan yang menepuk bahunya tadi.
“Sedara, cakap nak tunggu depan kaunter tapi sedara sedap-sedap je lepak kat sini sambil minum kopi. Saya dah macam orang gila cari sedara kat sana tau!” Mia sudah bercekak pinggang di hadapan Hijjaz Amin.
“Assalamualaikum  sedari….dah tau saya tak ada kat situ, takkan sedari tak reti-reti nak call saya. Handphone canggih takkan tak ada kredit kot.” Hijjaz kesat bibir dia yang agak comot dengan saputangannya.
“Saya pakai bil. Apa kelas pakai kredit.”
“Habis tu, takkan bil kena bar kot…”
“Ek eleh sedara ni….suka hati saya la bil saya kena bar ke, lawyer ke. Sekarang ni saya nak beg saya balik. Nah, ni beg sedara.” Mia letak beg pakaian di sebelah kerusi yang diduduki oleh Hijjaz. “Mana beg saya?”
“Awak ambillah kalau awak berani.” Hijjaz dah sengih ala mafia sambil mengepit beg Mia di celah kakinya.
“Sedara ingat saya tak berani ke nak ambik beg tu?” muka Mia dah merah padam. Mamat eksyen ni memang cari pasal. Tadi dia dah berpusing satu KL Sentral cari mamat ni, alih alih dia seronok je minum-minum kat Starbucks. Sikit pun tak pelawa minum sekali.
“Sedari ambil la, saya jerit kat sini bagitau awak buat sexual harassment kat saya. Ada berani?” Hijjaz menjungkitkan keningnya ke arah Mia.
“Awak ingat saya takut ye? Kita tengok siapa yang kena…” Mia dah sinsing lengan kemeja.
Hijjaz dah cuak, janganlah minah kerek ni tumbuk muka dia kat sini. Kalau Mia tumbuk, dah tentu dia takkan melawan. Tak gentleman la kalau pukul perempuan.
“Abang, sampai hati abang nak tinggalkan saya dengan anak-anak…” Tiba-tiba je Mia dah melutut di sisi Hijjaz Amin. “Abang janji kalau saya bagi izin abang kahwin lagi satu, abang takkan tinggalkan saya. Tapi abang mungkir janji. Abang nak jugak dengar cakap bini muda abang tu…” Mia dah menangis teresak-esak.
Hijjaz dah mula tak sedap hati, apa yang minah kerek ni nak buat. Tadi bukan main lagi marah-marah, sekarang dah menangis pulak. Satu lagi, bila masa pulak dia jadi suami minah kerek tu? Dan bila masa pulak dia kahwin lagi satu. Minah kerek ni memang pandai berlakon!
“Abang, baliklah bang. Sampai hati ke abang nak tinggalkan anak kita yang kembar empat tu? Saya masih dalam pantang lagi, tapi abang nak lari dengan bini muda abang tu. Abang tak kasihankan kami ke?” Mia makin kuat menangis.
Orang ramai yang lalu lalang di hadapan Starbucks memerhatikan tragedi yang menyayat hati itu.
“Nak, baliklah. Tak baik layan isteri anak macam tu.” Seorang lelaki yang berketayap putih menepuk perlahan tangan Hijjaz.
“Tapi dia bukan…..”
“Pakcik faham nak, biasalah kalau suami isteri bergaduh. Tapi fikirlah tentang isteri anak yang baru bersalin ni. Kesian dekat anak-anak yang kembar empat tu.” Pakcik itu memotong cakap Hijjaz.
Hijjaz memandang geram pada Mia yang masih mengalirkan air mata. Siap kau kalau aku dapat lepas ni. Hijjaz menyumpah-nyumpah Mia di dalam hati. Dia tak tau nak cakap apa. Sudahnya dia hanya menjeling tajam ke arah Mia yang layak bergelar pelakon wanita terbaik tu. Fasha Sanda pun boleh kalah kalau tengok adegan yang Mia lakonkan sekarang ni.
Sementara Mia pula sudah tidak tertahan nak gelak bila tengok muka Hijjaz yang dah masam-masam manis. Nak main-main dengan Mia ye, sekarang ni taulah langit tu tinggi ke rendah. Padan muka!
“Takpelah pakcik, saya takkan halang suami saya ni pergi dengan madu saya. Biarlah kalau dia nak tinggalkan kami anak beranak, saya redha pakcik.” Mia tarik beg pakaiannya yang berada di antara dua belah kaki Hijjaz. Tak boleh lama-lama berdrama, nanti kantoi. Lagipun dia dah takut tengok muka Hijjaz yang dah merah, takut tiba-tiba je Hijjaz naik angin. Mana tau Hijjaz pun ada penyakit ikan lompat macam dia jugak.
“Anak, pujuklah isteri tu. Hati orang perempuan ni sensitif. Hidup berpoligami ni nak kena adil. Tak boleh nak lebihkan sebelah pihak saja. Anak pun sama, bila dah bagi izin suami untuk bernikah lagi satu, anak kena bertolak ansur dengan pihak lagi satu.” Pakcik itu masih lagi memberikan khidmat nasihat percuma kepada pasangan suami isteri itu.
Hijjaz bangun dari kerusi dan menarik pergelangan tangan Mia. Nasib baik Mia pakai baju long sleeve, kalau tak senang-senang je dapat dosa hari ni pegang tangan perempuan bukan muhrim.
Mia pula terpinga-pinga bila Hijjaz tarik tangan dia. Ah sudah, mamat ni nak sambung babak lagi ke? Matilah dia kalau mamat eksyen ni nak balas dendam.
“Terima kasih pakcik, kami balik dulu.” Hijjaz tarik Mia keluar dari Starbucks.
Setelah agak jauh meninggalkan Starbucks, Mia rentap tangan dia dari pegangan Hijjaz.
“Hello sedara, suka-suka je pegang tangan saya ye.”
“Eh, sedari kan isteri saya. Suka hati saya la nak pegang kat mana pun!” Mata Hijjaz mencerlung pada Mia.
“Mimpilah saya nak jadi isteri mamat eksyen macam sedara ni.” Mia dah buka langkah seribu. Bersimpang siur dia lari sambil tarik  beg pakaiannya di celah-celah orang ramai. Janganlah mamat eksyen tu dapat kejar dia.
Hijjaz tergamam bila tiba-tiba je Mia buka langkah seribu. Licik betul minah kerek tu, tak sempat nak balas dendam dia dah lari dah. Nasib baik dia tak ambil sekali beg Hijaz, kalau tak satu hal pulak dia nak cari kat mana Mia tinggal. Tak pe, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas…..